Hinava-Makanan Tradisi Orang Sabah
Hinava atau Hinava Ginapan merupakan salah satu hidangan bagi suku kaum Kadazan-dusun , Sabah , dan boleh dikatakan sebagai merupakan makanan paling popular dalam kalangan kaum Kadazan-dusun.
Ia merupakan hidangan yang dihasilkan daripada isi ikan segar yang dicampurkan dengan biji buah bambangan yang telah diparut , cili merah, halia, bawang merah, limau kapas dan garam
Isi ikan tersebut tidak perlu dimasak kerana ia akan masak dengan menggunakan perahan jus limau samada menggunakan limau nipis atau limau kasturi dan Hinava sebenarnya menyerupai Sushi
Terdapat pelbagai jenis ikan yang boleh digunakan , tetapi biasanya isi ikan tenggiri, sunnguhpun isi ikan Yu juga boleh digunakan . Selain itu, isi sotong atau udang juga boleh digunakan bagi penyediaan Hinava ini.
Hinava biasanya merupakan hidangan istimewa semasa Tadau Kaamatan. Selain itu ia juga boleh menjadi hidangan istimewa pada majlis -majlis penting seperti perkahwinan ,pertunangan dan lain-lain.
Bahan-bahan ( 10 - 15 Orang )
Ikan Tenggiri ( Sederhana)
6 Ulas Bawang Merah (dihiris)
2 Ulas Bawang Putih (dihiris)
3-4 Biji Limau Kapas (Ambil jusnya)(boleh tambah jus limau mengikut saiz ikan)
Sedikit garam, serbuk perasa, Halia
Cara-cara
Ikan Tenggiri dibersihkan terlebih dahulu, kemudian dicincang hingga lumat.
Tuangkan sedikit air panas ke atas isi ikan tersebut selama 1 minit dan toskan.
Semua bahan yang telah dihiris halus tadi digaulkan bersama dengan isi ikan.
Kemudian dicampur dengan jus limau kapas.
Simpan dalam bekas kedap udara selama 1 jam
Selamat mencuba masakan dari Negeri Di Bawah Bayu ( Sabah )
Bahan-bahan membuat Hinava
Bunga Kantan
Sumber: Wikipedia
Cerita saya Lagi :D
Yey ! ..update blog lagi :D ...woahhh ..semalam sy baru dapat blogskin baru yg comel lagi xD ..Beberapa hari yg lepas sy dpt hadiah saguhati tempat ke-3 atau ke-2 d sekola sebab ikut Pertandingan blog kemerdekaan d sekolah sy , tapi tak menang :( sebab tak mengikuti kretiria yg cikgu mau tp syukur la sbb dapat hadiah saguhati xD cukup untuk belanja perut sy WAHAHAAH ~~ ..Best pula buat blog ni kan ? :) ...sy masih mau kasih cantik lagi ni blog tp sy kurang arif tentang pembikinan blog ni :( ..,bebrapa hari yg lepas blogskin sy terpadam lepas tu terganti dengan yg lama punya ..nasib kawan sy tolong repair :) ....sy baru update gambar sy masa raya d sekola xD ...ayat d atas ''hello peeps'' tidak sangka2 muncul :D ...